Pada 16 hb Feb jam 8.30 mlm, telah diadakan Makan Malam Mesra Siswa anjuran pelajar Multimedia College Terenggnu yang bertempat Di Felda Resident Hotel, Kuala Terengganu. Aku telah menghadirkan diri kesana dengan bertemakan hitam dan putih. Tapi aku hanya mengenakan sut yang serba hitam (tuannya pun agak hitam "manis" gak..hee) kerana aku kekurangan baju berwarna putih. Namun pakaian bukanlah menjadi persoalan utama dalam benak fikiranku, apa yang penting bagi aku ialah menu makanan pada malam tersebut. Pada mulanya aku terfikir menu biasa-biasa seperti makan malam sebelum ini, namun apa yang mengejutkan sebaik melangkah ke meja utama terlihat makanan belum dimasak disajikan diatas meja. Aku pun terfikir, adakah pihak penganjur cuba mengurangkan kos dengan memilih menu yang tidak dimasak? Rupa-rupanya aku yang tersilap, menu pada malam tersebut ialah bertemakan "Steamboat". Patutlah semua belum dimasak lagi.
Menu Steamboat
Nampak sedapkan? memang sedap pun cuma gambar seafood je terlindung disebalik dapur steamboat. Petua untuk makan steamboat : kena bertindak proaktif & progresif dengan berdiri semasa memasak dan memenuhkan kuali dengan bahan mentah. Kalau tidak, memang tak puas la makan malam tu. Berbalik kepada cerita makan malam, persembahan dimulakan dengan persembahan lagu oleh pihak penganjur dengan menyanyikan lagu dalam keadaan "malu-malu kucing". Makan malam bermula sebaik sahaja ucapan oleh pengarah program. Pada mulanya aku malu-malu, maklumlah duduk semeja dengan VVIP. Namun semua itu aku tidak peduli sebab perut aku dah mendendangkan lagu rock kapak. Aku terus berdiri dan meletakkan bahan mentah kedalam kuali steamboat. Akhirnya aku dapat makan dengan puas hati bersama-sama ahli semeja yang satu kepala dengan aku.
Makan malam tersebut tidak berakhir disitu sahaja, pengajur telah menyediakan beberapa aktiviti yang melibatkan juga staff-staff. Aku turut diundang bagi aktiviti yang dipanggil "Spontan" yang mana aku bersama 2 orang lagi perlu membuat suara sendiri berdasarkan filem yang ditayangkan tanpa suara. Lalu mikrofon diberikan kepadaku, "bagai orang mengantuk disorongkan bantal" tanpa berlengah aku terus membuat suara sendiri (maklumlah "gile copong"). Masa yang diberikan adalah 5 minit namun aku melepasi masa tersebut disebabkan terlalu asyik dengan aktiviti tersebuat (p/s untuk penganjur : lain kali jangan bagi mikrofon ke saya, kalau tak sampai kesubuh tak habis lagi aktiviti anda..hehehe)
Makan "Kace Butir"
Makan malan tersebut juga menyediakan cabutan bertuah namun pada kali ini aku tidak bertuah. Tapi aku tetap dapat hadiah yang diberikan oleh pihak penganjur kepada staff-staff yang hadir.
Hadiah kepada staff
Hadiah diberikan ialah...Rahsia..hehehe. Tak kiralah apa-apapun namun aku tetap berterima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi bagi hadiah kepada kami. Itu sahaja untuk kali ini, jika ada sebarang penambahan gambar akan dimuat turun kemudian. Terima kasih kerana sudi membaca.
moh ler .. join kontest :)
ReplyDelete