Tuesday, May 3, 2011

Birthday Boy!!!

Alhamdulillah, pada 2 May 2011 genaplah umurku yg ke 13 23 tahun (muda lagi kan!!). Pada mulanya aku agak sedih kerana pada kali ini aku tidak dapat pulang ke kampung. Aku bertugas pada 27-30 April 2011, manakala pada 1 May pula aku ke Felda Neram 1, Kemaman bertujuan menghadiri Majlis Pertunangan sahabat baik iaitu Gee (bukan nama sebenar). Aku ke sana bersama Mira & Fida (bukan nama sebenar jugak!!) yang merupakan rakan sekerja aku.


1 May merupakan hari yang amat memenatkan dan sebab itulah aku terlupa yang birthday aku bakal tiba. Maklumlah, memandu jauh ke kemaman (4 Jam (pergi) X 4 Jam (balik) = 8 Jam). Namun semua itu amat berbaloi-baloi kerana birthday aku disambut yang diketuai oleh Cik Amira & Cik Afida, para pelajar ambilan baru (batch 17) bersama fasilitator mereka, dan pelajar-pelajar lain (batch 13 & 16). 

Seperti biasa, sambutan birthday tidak lengkap jika tiada bom air, tepung gandum & krim kek. Aku hanya "berserah" diri kepada mereka. Habis baju disimbah dengan air + tepung gandum + krim kek. Ape yang lagi seronok bila semua dikenakan benda yang sama termasuklah jurugambar. ape-apepun, aku cukup gembira dan berterima kasih kepada semua yang taliban terlibat menjayakan sambutan birthday aku ini. LOVE YOU ALL!!!!


Muka Baik Sebelum Sambutan Birthday Bermula...


Dah Kene Dah!!!



Aksi Cemas Kene Kepung!!!


Ucapan Birthday Boy....




Antara Yang Terlibat...TQ Very Much!!!!
 

  *thanx to photographer liyana

1 comment: