Tuesday, April 19, 2011

Sayangilah Kerja Anda

Salam, zaman sekarang memang susah nak dapat kerja. Tetapi alhamdulillah bagi mereka yang sudah berkerja.

1) Sebelum dapat kerja, mesti berniat akan berkerja bersungguh-sungguh dan memberi sepenuh komitmen dalam kerja jika dapat kerja nanti.


2) Semasa temuduga semua akan cakap "ya" ataupun "yes" apabila ditanya. Namun tidak semua akan tunaikan apa yang mereka janji semasa temuduga.

 yahoo.com

3) Semasa lapor diri pula, anda perlu menandatangani kontrak (bagi yang ada kontrak je la). Mula-mula baca, fahami kontrak dan setuju dengan syarat-syarat kontrak. Tetapi tidak semua akan mengikut 100% "T&C" kontrak tersebut.

yahoo.com

4 ) Semasa lantikan, tahun pertama berkerja memang penuh bersemangat. Maklumlah nak naik gaji & bonus. Tetapi tidak semua akan berterusan sebegitu. Bagi yang dah agak berusia pula menghitung hari untuk pencen. Banyak kerja terbengkalai (maklumla, dah nak pencen kan), tunggu staff baru masuk dan siapkan kerja mereka. Staff baru juga akan mengulangi perkara (No. 4) yang sama sehingga mereka pencen.

yahoo.com

Peringatan kepada semua yang belum bekerja ataupun yang sudah berkerja termasuklah saya sendiri, sayangilah kerja anda kerana orang lain amat menyayangi kerja anda. Sekian Untuk Renungan Bersama.
yahoo.com

No comments:

Post a Comment