Friday, April 13, 2012

Kembali Setelah Bersama "Cik BZ"

Salam semua, maaf sebab dah lama tak "update" blog aku. Semua ni salah Cik BZ yang selalu menghantui diri aku. Dia selalu nak berdampingan dengan aku sampaikan aku hampir melupakan Cik Lapang. Aku akan cuba luangkan masa dengan Cik Lapang supaya aku boleh meng"update" blog aku yang semakin kosong.....



Tuesday, November 15, 2011

Makan Malam MMC Terengganu

Salam, dah lama tidak mengemaskini blog ini. Kali ini saya nak kongsi gambar-gambar sepanjang Majlis Makan Malam Multimedia College (MMC) Terengganu yang diadakan di Sumai Suite Hotel, Kuala Terengganu pada 14 November 2011.  Pasangan saya ke majlis berkenaan ialah Kak Tiha & Cik Mira (2 Orang sekali gus..jangan mareee). Majlis makan malam berkenaan dianjurkan oleh pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sessi 2010/2011. TAHNIAH ducapkan kepada mereka kerana majlis berlangsung dengan jayanya. Majlis makan malam ini juga meraikan pelajar ambilan September 2009 (Batch 13) yang bakal tamat pengajian pada november ini. Itu sahaja yang dapat saya huraikan serba sedikit mengenai majlis makan malam ini. Jenguk-jenguklah gambar yang tidak seberapa ini.

Thursday, July 21, 2011

Kenduri Di Kemaman

Salam semua, sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini disebabkan kesibukan dan kekangan masa yang menyemburui aku untuk berbuat demikian. 

Entry kali ini berdasarkan kenduri @ Bekwoh (dialek kelantan). Pada 20 Julai 2011 bersamaan Hari Keputeraaan Al Sultan Terengganu dan tarikh ini merupakan cuti umum bagi seluruh rakyat di negeri Terengganu.

Monday, June 6, 2011

Jalan-Jalan Di Kelantan

Kelantan @ Kilatan @ Tanah Rendah Sekebun Bunga merupakan negeri kelahiran aku. Program Jalan-Jalan di Kelantan (JJDK) bermula bila 2 orang rakan sekerja aku iaitu S.Afida & N.Amirah telah mengikuti aku balik ke kelantan. Mereka menginap di rumah kawan mereka iaitu cik S.N.J.A.Athirah yang mana sekampung dengan aku.

Monday, May 16, 2011

Happy Convocation IKA !!!

Selamat berkonvo kepada sepupu aku iaitu Ika yang telah aku hadiri di UiTM cawangan Dungun pada 15 May 2011. Masa konvo adalah 2.30ptg (Sidang Ke-2..kalau tak silap la...) dan keadaan memang sangat panas.

Wednesday, May 11, 2011

Riang Bowling

Sesuai dengan namanya, aku telah dijemput & menyertai perlawanan tersebut dengan riangnya. Ia telah dilangsungkan pada 11 May 2011, jam 8.30 malam di Pusat Bowling di Astaka, Kuala Terengganu yang dianjurkan oleh pelajar-pelajar (Batch 13 & 16) MMC Terengganu bagi kursus ko-kurikulum mereka.

Tuesday, May 3, 2011

Birthday Boy!!!

Alhamdulillah, pada 2 May 2011 genaplah umurku yg ke 13 23 tahun (muda lagi kan!!). Pada mulanya aku agak sedih kerana pada kali ini aku tidak dapat pulang ke kampung. Aku bertugas pada 27-30 April 2011, manakala pada 1 May pula aku ke Felda Neram 1, Kemaman bertujuan menghadiri Majlis Pertunangan sahabat baik iaitu Gee (bukan nama sebenar). Aku ke sana bersama Mira & Fida (bukan nama sebenar jugak!!) yang merupakan rakan sekerja aku.