Thursday, July 21, 2011

Kenduri Di Kemaman

Salam semua, sudah lama aku tidak mengemaskini blog ini disebabkan kesibukan dan kekangan masa yang menyemburui aku untuk berbuat demikian. 

Entry kali ini berdasarkan kenduri @ Bekwoh (dialek kelantan). Pada 20 Julai 2011 bersamaan Hari Keputeraaan Al Sultan Terengganu dan tarikh ini merupakan cuti umum bagi seluruh rakyat di negeri Terengganu.
Aku mengambil peluang ini bersama 2 orang sahabat (junior) iaitu saudari Piya & Eppa (bukan nama sebenar) telah menghadiri kenduri Majlis Pernikahan abang kepada sahabat kami iaitu Cik Mirai yang bertempat di Kemaman, Terengganu.

Perjalanan kami dari Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sepanjang perjalaanan kami hanya berborak dengan pelbagai cerita (bukan mengumpat ok). Perjalanan kami tiada masalah terutamya bab-bab "makan langsat" kerana kami mengekori salah seorang sahabat kami iaitu Cik Afida yang menaiki kereta keluarganya. Kami sampai dengan selamat pada jam 11.30 pg. Tanpa segan silu, saya terus "menerkam" makan yang terhidang di meja hidangan (tapi saya bersalam dengan tuan rumah dulu la).

Makan Time!!!



Lauknya memang best & special sebab ada gulai Daging Kerbau. Di Terengganu kebanyakan mereka memang menggemari mengunakan daging kerbau sebgai menu utama ketikan kenduri.

Gulai Daging Kerbau...


Ayam Pedas



Saya berada di majlis berkenaan sehingga jam 6 petang kerana disekat oleh tuan rumah iaitu cik mirai untuk pulang awal. Walaupun letih, Namum kami gembira kerana kami dapat makan dengan banyak dan memang itu tujuan utama kami. Banyak gambar yang dapat kami ambil semasa berada di majlis tersebut terutamnya gambar di pelamin raja sehari. Aku cukup terpikat dengan pelaminnya kerana ia banyak bertemakan warna UNGGU @ "FURFUL" dan itu salah satu warna kegemaranku.



Pelamin Raja Sehari..Soo Beutifull!!!

Pose Maut

Bergambar Bersama Big Boss

A Lot Of Godiess...Special For Me ONLY!!!


Kenangan Bersama Pengantin Baru...Tahniah!!!



Akhir sekali kami bertiga terpaksa mengundurkan diri kerana masa telah menyemburui kami. Jam 6 petang kami bertolak balik, tetapi kami berhenti seketika di Mesra Mall. Pada mulanya kami ingin menonton wayang tetapi cerita yang ingin ditonton akan dimulakan dalam jangka masa 2 jam. Itu agak lama utk kami menunggu dan kami mengambil keputusan untuk hanya berjalan-jalan disekitar pusat membeli belah itu sahaja. Kami sempat membeli makanan kegemaran kami iaitu donut di kedai "Epal Besar".

Kami Meneruskan perjalanan pulang dan akhirnya tiba di Kuala Terengganu pada jam 9 malam. Itu sahaja entry untuk kali ini. Terima Kasih kerana sudi meluangkan masa membaca entry yang tidak seberapa ini. 

No comments:

Post a Comment