Sunday, February 20, 2011

Rakan Sekerja Baru..

Salam. Setelah bertungkus lumus sekian lama untuk mendapat staff baru, akhirnya aku berjaya. Walaupun hanya 1 orang (buat masa sekarang) namun aku tetap bersyukur kerana ianya amat membantuku. Maklumalah, kerja pentadbiran & kewangan memang bertimbun-timbun dan aku bukanlah "superman" untuk membuat semua kerja tu secara sendirian.


Aku Bukan Superman!!!!



Adat "Orang Baru", baru masuk kerja terus kene "buli". Istilah "buli" yang aku maksudkan bukanlah di "raging" atau didenda dengan benda-benda yang tidak munasabah tetapi aku hanya memberikan kerja-kerja yang agak terbengkalai sebelum ini. Alhamdulillah, kerja tersebut dapat disiapkan bersama-sama dalam masa yang telah ditetapkan oleh pihak HQ.



Si "Orang Baru" yang aku maksudkan ialah Fida (Bukan nama sebenar). Walaupun baru masuk bekerja, namun semua kerja yang diberikan telah disiapkan dengan jayanya. Syabasss inspektor sahab!!!!!


Bukan Gambar Sebenar Fida



Walaubagaimanapun, aku masih menunggu seorang lagi staff baru yang akan mendaftar pada minggu ini. Harap beliau daftarlah cepat-cepat supaya kerja yang terbengkalai boleh diselesaikan dengan cepat. Sekian sahaja untuk kali ini, terima kasih kerana sudi menjenguk blog ini.

p/s:tuan punya nama jangan marah sebab nama anda telah disiarkan secara sukarela & selamat bertugas.

1 comment:

  1. superman to be.. haha.. mesti tuan punya nama bangga sebab masuk blog.. org len bulih baca..

    ReplyDelete